penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk
tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai
struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam
penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan
unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu
objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri
bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi
ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan
membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari
semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan –
mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang
bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai
sudut.
2.
mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan
mata)
3.
Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan
sebagainya.
bentuk
konkrit - meja
bentuk
konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui
kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan
lain-lain
2.
Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi,
cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak
dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan
karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang
merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik
komputer grafik
bentuk
ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh
'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan
melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan
(benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan
kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh
dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun,
batu, kaca dan sebagainya.
penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat
menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan
bentuk
lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
seni
origami
bentuk
yang dihasilkan daripada bahan tanah liat
bentuk
dicipta daripada plaster of paris
penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin
ukiran
bentuk arca menggunakan sabun