Thursday 13 December 2012

Kraft: Kad Krismas

"Merry Christmas!"
Selalunya pada hujung tahun, murid-murid suka sangat Hari Krismas.
Inilah satu kraft yang menarik, membuat kad krismas!


Saturday 8 December 2012

Catan: Teknik Cat Air


Teknik basah atas basah

(a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah.(b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.(c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar.(d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan.(e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya.



Teknik basah atas kering

(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.(b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque).(c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripaa ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap.(d) Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media.




Teknik kering atas kering

(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.(b) Campuran warna yang agak pekat atau likat.(c) Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.(d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang telah kering. 






Teknik kering atas basah

(a) Melibatkan sapian warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap.(b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering.(c) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, engan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain.





Wednesday 28 November 2012

Jenis Lukisan


Lukisan Figuratif

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia




Lukisan Fantasi


Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan


Lukisan Ilustrasi


Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.



Lukisan Kajian


Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.
Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci




Lukisan Kontour


Lukisan Gesture


a. Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.
b. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.
c. Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.



Lukisan Teknikal
Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.


Lukisan Kartun

a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun
b. Digambarkan melalui tema jenaka


Saturday 24 November 2012

Kraft: Rama-rama

Pasti anda suka mengunakan bahan kitar semula untuk kraft anda.

Kita akan menggunakan roll tandas untuk membuat rama-rama yang cantik!



Wednesday 14 November 2012

Bentuk



penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. 

Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang



Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja


bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.



bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"


Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk

lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit

seni origami

bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of paris

penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk

penggunaan bahan lilin

ukiran bentuk arca menggunakan sabun

Saturday 10 November 2012

Batik

Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. 

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik:

Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi 
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput 

Contoh Motif Geometrik:

Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan. 
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang selang

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan. 

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok



Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Batik Conteng


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Wednesday 31 October 2012

Istilah Asas Seni Visual


Garisan


1. Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik
2. Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung
3. Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak
4. Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan

Stensilan


1. Menghasil imej dari keratan kertas pendua atau profilem
2. Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah ditebuk atau dilubangkan pada kertas pendua
3. Stensilan terbahagi kepada 2 bahagian :
    a. Bahagian positif
    b. Bahagian negatif

Lukisan


1. Adalah satu hasil kerja seni mengguna media kering
2. Hasil 2Dimensi menggunakan media kering
3. Contoh media :
    a. Pensel warna
    b. Arang,Krayon
    c. Pensel,marker pen
    d. Pen mata bulat,pen manuskrip,dll

Catan


1. Hasil karya seni di atas permukaan 2 Dimensi.
2. Menggunakan bahan media basah
    - penggunaan berus dan warna
    - media basah memerlukan pelarut seperti air atau minyak
3. Contoh media basah
    a. Warna air/water colour
    b. Cat
    c.Cat minyak
    d. Warna poster

Montaj


1. Tampalan kertas gambar yang mempunyai sifat atau ciri-ciri tema yang serupa.
2. Montaj merupakan suatu jenis gubahan yang memerlukan daya imaginasi serta rekacipta yang kuat bagi menampal gambar atau imej yang digunting dari majalah-majalah.
3. Tampalan mestilah bertindih

Motif


Motif adalah rupa asal sesuatu corak berpunca daripada flora atau fauna yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
a. Organik
b. Geometri

Gurisan


Teknik yang menggambar atau mencorak secara mengguris bahan yang disedia menggunakan benda tajam seperti paku,gunting,pisau dll

Tekapan

Adalah satu kaedah menggambar dengan cara menekap untuk mendapatkan ulangan imej yang sama.

Kolaj


1. Kolaj ertinya potong atau koyak dan gam
2. Adalah satu teknik menghasil karya secara guntingan atau carikan kertas dan menampal bahan tersebut
3. Bahan yang ditampal mestilah secara bertindan
4. Antara bahannya ialah kertas warna,akhbar,kain dll

Cetakan


1. Cetakan ialah kesan daripada penerapan gubahan-gubahan yang dihasilkan pada sekeping permukaan blok ataupun plat
2. Kesan-kesan itu terhasil melalui garisan atau ukiran permukaan blok atau plat berkenaan sehingga imej gubahan boleh dipindahkan ke atas kertas

Lipatan dan Guntingan


1. Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak
2. Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain
3. Ianya menghasilkan corak positif dan negatif

Boneka


1. Boneka adalah seni patung
2. Membentuk rupa haiwan atau manusia
3. Contoh bahan ialah kertas,kain dll
4. Ada 4 jenis boneka :
    a. Boneka jari
    b. Boneka tangan
    c. Boneka tali
    d. Boneka tongkat

Batik



1. Berasal dari bahasa Indonesia bermaksud ‘ titik-titik ’ataupun bunyi berdetik
2. Ada juga mengatakan berasal dari bahasa Jawa iaitu tritik iaitu proses menghasil batik
3. Teknik digunakan adalah resis
4. Bahan utama warna batik,damar,fixer,parafin dan lilin
5. Biasanya batik menggunakan corak flora atau fauna
6. Ada 3 jenis proses batik :
    a. Batik blok atau batik cap atau batik terap
    b. Batik skrin atau batik cetak
    c. Batik lukis atau batik tulis

Topeng


1. Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala
2. Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding
3. Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup
4. Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala

Arca


1. Adalah seni binaan 3 Dimensi yang direka sebagai ciptaan berfungsi atau untuk menilai estetikanya
2. Bahan-bahan yang digunakan seperti logam, kayu lilin, Plaster of Paris, tanah liat, konkrit dan bahan buangan.
3. Dihasil secara kegiatan membentuk,ukiran atau binaan

Tembikar


1. Satu seni kraf tradisional
2. Menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan
3. Tembikar merupakan karya 3 Dimensi.
4. Bermula zaman primitif lagi.

Assemblaj


1. Assemblaj bererti menampal, memetri atau menjahit objek sebenar pada sesuatu permukaan kertas atau pemidang agar nampak berbentuk 3 Dimensi
2. Ianya mempunyai tema yang sesuai
3. Setiap bahan mempunyai kaitan antara satu sama lain

Wau


1. Satu hasil kegiatan membentuk yang mempunyai rangka atau bingkai,imbangan,berekor dan dihias dengan kertas atau kain bermotifkan corak digantung atau diterbangkan ke udara bertalikan benang
2. Merupakan satu permainan tradisional masa lapang
3. Sejarah muncul 3000 tahun dulu di negara China
4. Wau terbahagi kepada 2 :
    a. Wau cantik
    b. Wau tegak

Anyaman


1. Anyaman bererti menyusun bilah-bilah,helaian-helaian atas bawah secara berselang-seli 1/1, 1/2, 1/3, 2/3 dsb sehingga menimbulkan corak, jalinan,bentuk dan akhirnya objek yang dikehendaki
2. Anyaman terbahagi kepada 3 :
    a. Anyaman buluh
    b. Anyaman rotan
    c. Anyaman mengkuang / pandan

Mozek



1.  Mozek ialah satu aktiviti guntingan atau koyakan dan ditampal bahagian tersebut sebelah menyebelah supaya mendatangkan satu hasilan atau karya
2.  Mozek juga bermaksud susun atur bahan sebelah menyebelah dan tidak bertindih untuk menjadikan corak
3.  Contoh bahan seperti kertas,kain, dll

Mobail


Suatu hasil karya 3 Dimensi yang mempunyai keseimbangan dan boleh bergerak.

Stabail


Satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.

Tenunan

1. Tenunan ialah proses menjalinkan benang secara bersilang sehingga terhasil sehelai.
2. Tenunan dikaitkan dengan kain songket.
3. Perkataan songket berasal dari perkataan sungkit bermaksud mengangkat sesuatu.
4. Bahan yang digunakan untuk corak ialah benang emas

Ukiran


1. Ukiran ialah satu proses luakan ke atas papan, kayu, atau objek padu menggunakan alat tertentu.
2. Ada 2 jenis ukiran kayu :
    a. Ukiran tebuk tembus
    b.Ukiran timbul

Saring Sutera


1. Satu alat yang digunakan dalam proses cetakan jenis stensil dan diregang di atas kayu pemidang
2. Proses ini juga dikenali sebagai sarigrafi
3. Juga dikenali dengan nama organdi

Garisan Grid


1. Garisan Grid ialah kombinasi garisan bersilang antara satu dengan yang lain sama ada bersilang, menegak atau melintang.
2. Melalui petak suatu rupa,motif atau corak dapat dihasilkan
3. Garisan grid digunakan membantu menghasilkan struktur rekaan alam ciptaan tuhan ataupun benda-benda
4. Susunan struktur disebut garisan grid

2D


2D atau dua dimensi adalah objek yang dilukis di atas satu permukaan yang rata

3D


3D ialah objek yang dapat dilihat dan disentuh dari pelbagai sudut

Kaligrafi


1. Kaligrafi ialah seni tulisan cantik atau berhias
2. Tulisan ini juga disebut tulisan Italik,Manuskrip atau seni khat
3. Contoh :
    a. Old English
    b. Gothic
    c. Kaligrafer,Cloister Black,Chaucer dll

Bahan
1. Bahan ialah sesuatu subjek yang digunakan untuk mendatangkan hasilan atau karya
2. Contoh warna air,minyak,cat,dakwat dll

Alatan
1. Alat ialah benda-benda yang membantu menghasilkan karya atau memindahkan bahan atau imej ke permukaan untuk mendapat hasilan
2. Contoh alat seperti pisau,berus,gunting,paku dll

Media
1. Media ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni
2. Contoh pensil,arang,pastel,dakwat dll

Resis
1. Resis adalah satu kaedah penolakan warna
2. Ia juga proses yang mana warna air tidak boleh bercampur dengan lilin atau minyak
3. Bahan yang digunakan ialah air,warna air,cat, minyak,lilin dan krayon

Capan


Satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada

Perspektif


1. Perspektif ialah garisan atau struktur yang dilukis untuk menimbulkan bentuk dan ruang
2. Ruang perspektif merupakan kedudukan 2 objek yang sama saiz yang berada di hadapan kelihatan lebih besar berbanding di belakang dalam ruang yang sama

Kadar Banding


Penyesuaian ukuran atau saiz sesuatu bahagian objek dengan keseluruhan objek

Komposisi


Komposisi adalah susun atur kedudukan objek dalam karya seni