Teknik basah
atas basah (a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang
basah.(b) Sesuai untuk menampakkan
kesan air atau awan.(c) Sesuai
untuk menghasilkan kesan warna lut sinar.(d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam
warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan.(e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar,
terutama semasa mengawal sapuan warnanya. Teknik
basah atas kering (a) Warna disapu tanpa campuran air atau
campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah
kering.(b) Menghasilkan kesan warna
legap (opaque).(c) Melibatkan
aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripaa ton nipis dan cerah kepada
yang paling tebal dan gelap.(d)
Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis
media. Teknik
kering atas kering (a) Warna disapu tanpa campuran air atau
campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah
kering.(b) Campuran warna yang agak
pekat atau likat.(c) Untuk
menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.(d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan
jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang
telah kering.
Teknik
kering atas basah (a) Melibatkan sapian warna terus daripada tiub
ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap.(b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan
legap (opaque) yang kering.(c)
Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, engan menyapu lapisan warna
yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain.